Tuesday, October 31, 2017

Jelajah Negara Gajah Putih- P3 NBT Yala - Peti Pos Terbesar

Assalamualaikum
siri 3 Fa ke Selatan Thailand.
Alhamdulillah, kami berkesempatan ke YNBT Yala yang merupakan stesen televisyen di Selatan Thailand yang bersiaran dalam Bahasa Melayu di wilayah-wilayah yang majoritinya bertutur dalam bahasa tersebut.
so lepas ni kalau nak tengok NBT-YALA pon boleh, sebabnya dorang juga menggunakan Bahasa Melayu dalam siarannya. Radio dan TV pon boleh guna Bahasa Melayu tau. huuu

Bukan tu aje ye, dah alang-alang kami sampai kesana, terus ada rakaman Kedai Kopi. Haa kalau kat Malaysia segmen Kedai Kopi ni lebih kurang kat dalam TV9 tu .. Nasi Lemak Kopi O :)
Pada yang tak dapat siaran terus dari tv tu, boleh tengok live kat FB, jeng jeng jenggg
nah link FB : 
https://www.facebook.com/NBTYALA11/?hc_ref=ARRr9L1gb1yum_lkyN2LaN7GPY6cXyNjKO98pkuJPiEkqAI_fs3aTf2HFwW86pJfuNY
atau bole search:
@NBTYALA11





Satu pengalaman best dan menyeronokan bersama media selatan Thailand, lagi-lagi kita tengok pulak siaran tv yang berbahasa malaysia.

teruja tauuuuuu! 

sebelum tu, rombongan kami singgah ke Peti Pos paling besar di dunia.
level dunia tauuuuuu.. duniaaaaa.... 

Siapa sangka di Pekan Betong ni mempunyai Peti Pos paling besar di dunia kan. kalau da sampai di sini, jangan lepaskan peluang anda untuk selfie dengan peti pos tu tau hehehhe..


sorry gambar Fa selfie dengan Peti Pos ni pon da hilang.
nasib baik ada yang seketul ni je

jadi lah kan :)









Jelajah Negara Gajah Putih- P2 The Sea of Mist @ Iyerweng


IMG-20171003-WA0022IMG-20171003-WA0117IMG-20171007-WA0077

Assalamualaikum and Hai

Bersambung siri kedua jelajah ke Thailand :)
Entri ni Fa nak bercerita mengenai tempat menarik yang kami singgah

1. The Sea of  Mist @ Iyerweng
Tarikan baru yang terdapat di Betong daerah Yala, Thailand. Apa yang menarik?
Yup kat sini Fa nk bagitahu, sepanjang Fa hiking kat bukit atau gunung, hikers pasti akan kejar awan karpet. Kat Iyerweng pon ada awan karpet :) yeayyy

Subhanallahhhh memang indah dan cantik pemandangan dari atas. Dengan ketinggian kira-kira 2,038 kaki dari atas paras laut ini, Iyerweng memberikan keindahan pagi yang sangat bermakna.

Cadangan saya, anda haruslah bergerak seawal pagi untuk ke sini. rasai sendiri kesejukan, keindahan dan pemandangan kabus semasa matahari terbit. Jangan lepaskan peluang ini. Bulan sesuai untuk ke sini iaitu pada bulan Mac, April dan Mei :)

Alhamdulillah masa rombongan kami sampai, makanan juga turut disediakan.
IMG_20171003_064400
ala-ala lempeng bersama kelapa parut dan pulut bungkus yang dibakarIMG_20171003_064403 
Nasi kuning lauk ayam goreng bersama sambal manisIMG_20171003_072603 
Haji Saari, Naib Pentadbiran Mukim Iyerweng


Bukan itu sahaja, kawasan Iyerweng ini juga akan diperbaharui untuk menarik lebih ramai lagi pelancong di masa akan datang. Haaa demi tarikan pelancong, kawasan ini akan dibaik pulih dari segi tempat parkir kereta, jalan raya dan sebagainya untuk kemudahan pelancong.

Pada tahun 2019, bakal diserikan lagi dengan pembinaan Betong Skywalk yang mempunyai walkaway sepanjang 200m dan ketebalan cermin 4cm. Bangunan pendidikan alam sekitar juga akan dibina berbentuk kepala kapal seperti bahtera Nabi Nuh yang memuatkan 200 orang yang bertaraf 5 bintang.  Pada masa yang sama Lapangan Terbang Betong pon dah siap.

betong
Ok, nanti Fa sambung entri ke destinasi pelancongan yang lain ye :)
 

Friday, February 27, 2015

Hi Saya Fafa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hai semua, 
Fa masih baru berjinak-jinak di dalam dunia blogging.
terasa kecil je dengan mereka yang otai ni. huhu...
takpelah kita belajar kan, dari Zero to Hero, who knows!! :)
InsyaAllah setiap peluang yang diberikan akan Fa catat di dalam blog kecil Fa ni.
i am lifestyle blogger
invite mana-mana event pon boleh
:)

Terima kasih pada yang menjemput Fa ke event 
#sayabudakbarubelajar

Jelajah Negara Gajah Putih- P3 NBT Yala - Peti Pos Terbesar

Assalamualaikum siri 3 Fa ke Selatan Thailand. Alhamdulillah, kami berkesempatan ke YNBT Yala yang merupakan stesen televisyen di S...